Rafflesiaceae

Rafflesiaceae
Bunga Rafflesia keithii
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malpighiales
Keluarga: Rafflesiaceae
Dumort.
Genus

Rafflesia R.Br. ex Gray
Rhizanthes Dumort.
Sapria Griff.

Rafflesiaceae ialah keluarga tumbuhan benalu langka dengan 3 genus dan 36 spesies, ditemui di hutan tropika Asia timur dan tenggara, termasuk Rafflesia arnoldii yang menghasilkan bunga terbesar dalam banyak-banyak tumbuhan. Tumbuhan ini endoparasit pada pepanjat genus Tetrastigma (Vitaceae) dan tiada batang, daun, akar mahupun tisu fotosintesis. Ia bergantung sepenuhnya kepada perumah untuk mendapat air dan nutrien, lalu keluar daripada akar atau batang bawah tumbuhan tersebut menjadi bunga.