RMS Titanic

Ini adalah rencana tentang kapal penumpang bernama Titanic. Untuk rencana filem Titanic 1997, sila ke Titanic (filem 1997).

RMS Titanic bertolak dari Southampton pada 10 April 1912
Sejarah
Nama: RMS Titanic
Pemilik: White Star Line
Pendaftaran pelabuhan: Liverpool, United Kingdom
Laluan: Southampton ke Bandar Raya New York
Dipesan: 17 September 1908
Pembina: Harland and Wolff, Belfast, North Ireland
Nombor limbungan: 401
Dibaringkan: 31 Mac 1909
Dilancarkan: 31 Mei 1911
Disiapkan: 2 April 1912
Pelayaran sulung: 10 April 1912 (113 tahun dahulu)
Dalam perkhidmatan: 10–15 April 1912
Pengenalan: Pengenal radio "MGY"
Takdir: Melanggar aisberg jam 11:40 malam waktu setempat pada pelayaran pertamanya 14 April 1912 lalu tenggelam 2 jam 40 minit
Status: Bangkai kapal
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal laut kelas-Olympic
Berat (tan): 46,328 GRT
Sesaran: 52,310 tan metrik
Panjang: 882 ka 6 in (269.0 m)
Lunas: 92 ka 0 in (28.0 m)
Tinggi: 175 ka (53.3 m) (lunas ke bahagian atas corong)
Draught: 34 ka 7 in (10.5 m)
Kedalaman: 64 ka 6 in (19.7 m)
Dek: 9 (A–G)
Installed power: 24 dandang satu dan dua hujung tunggal memberi makan dua enjin stim berulang untuk kipas sayap dan turbin tekanan rendah untuk kipas tengah; Keluaran: 46,000 HP
Jana kuasa: Dua 3-bilah kipas sayap dan satu 4-bilah kipas tengah
Halaju: Layar: 21 kn (39 km/j; 24 mph). Maks: 24 kn (44 km/j; 28 mph)
Kapasiti: Penumpang: 2,435, anak kapal: 892. Jumlah: 3,327
Nota: Kapal penyelamat: 20 buah menampung 1,178 orang

RMS Titanic (juga SS Titanic) merupakan yang kedua daripada tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan sepanjang perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa kapal itu melakukan pelayaran pertamanya, ia berlanggar dengan sebuah aisberg pada jam 11:40 PM (waktu setempat kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.

Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang penumpang lalu menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa zaman aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Kejadian ini sangat mengejutkan lagi-lagi dengan pengetahuan ramai mengenai kelengkapan Titanic dengan teknologi yang termaju serta anak kapal yang berpengalaman tinggi pada zamannya sehingga ia disangka “tidak mungkin tenggelam”. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, penukaran undang-undang laut, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan penimpaan terhadap kapal ini kekal masyhur pada tahun-tahun berikutnya.