Aisberg
Aisberg atau gunung air batu (juga gunung ais/es) merupakan bongkahan air batu tawar yang terpisah daripada glasier salji atau dataran ais yang timbul di permukaan air. Ia kemudian mungkin membeku dan menjadi pek ais atau tersangkut pada dasar laut di perairan cetek, menyebabkan hakisan ais.