Quetzalcoatl
Quetzalcoatl (disebut ketsalˈkoːaːtɬ terdekat két.sal.ko.a.tl], gabungan bahasa Nahuatl: quetzal: ‘bulu pelepah’ dan cōātl: ‘ular’ - "ular berbulu") adalah dewa pencipta dan langit dalam kepercayaan orang Aztek. Dewa ini dipercayai masyarakat tersebut mengetuai angin serta penyimpan utama segala pengetahuan alam dan seni; malah dianggap sebagai penghulu segala saudagar dan pendeta dalam tamadun ini. Dewa ini sering dilambangkan bersama bintang Kejora dan langit fajar.
Dewa ini merupakan antara dewa-dewa utama dalam panteon kepercayaan Aztek selain Tlāloc, Tezcatlipoca dan Huitzilopochtli.