Bahasa Nahuatl

Bahasa Nawatl
Nahuatl (bahasa Sepanyol)
Nāhuatlahtōlli, Māsēwallahtōlli, Mexicano
Wanita Nahua dari Kodeks Firenze yang digambarkan sedang bertutur.
Asli kepadaMexico dan El Salvador
EtnikOrang Nahua
Penutur bahasa
(1.45 juta setakat 2000)
Uto-Aztek
  • Aztek
    • Aztek Am
      • Bahasa Nawatl
Bentuk awal
Proto-Nahua
Dialek/loghat
  • Nahuatl Pinggiran Barat
  • Nahuatl Pinggiran Timur
  • Nahuatl Huastec
  • Nahuatl Tengah
  • Pipil Nahuat
Status rasmi
Bahasa rasmi di
 Mexico
Dikawal selia olehInstituto Nacional de Lenguas Indígenas
Kod bahasa
ISO 639-2nah
ISO 639-3nci Bahasa Nahuatl Klasik
Untuk bentuk moden, sila rujuk Rumpuan bahasa Nahua.
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Infobox language dengan parameter "1 = Mexico (through the Gener...<ref>...</ref>" yang tidak diketahui

Bahasa Nawatl (nawatlahtolli terbitan nāhuatl [ˈnaːwatɬ ], Sepanyol: náhuatl) atau bahasa Mesyika (mexikatlahtolli, Sepanyol: mexicano) adalah satu bahasa dari cabang Nawa rumpun bahasa Uto-Aztek dituturkan oleh kira-kira 1.5 juta orang Nahua yang kebanyakannya tinggal di Mexico Tengah; ada juga yang tinggal di El Salvador dan dikenali sebagai suku Pipil. Ia bahasa peribumi yakni (bukan Eropah) paling banyak dituturkan dalam Mexico. Nawatl telah dituturkan di rantau tengah Mexico sejak seawal abad ke-7 M, bahasa ini mula meluas sepesat Tamadun Toltec terletak di Tula, Hidalgo moden, Mesoamerika pada kurun ke-5 hingga 6 Masihi sepanjang banjaran gunung berapi yang menjangkau dari tengah Mexico ke lautan Teduh mencabang kepada beberapa bahasa serumpun.

Ia merupakan bahasa kaum Aztek yang menguasai kawasan tengah Mexico sewaktu zaman Akhir Pascaklasik dalam sejarah Mesoamerika. Pada berabad-abad sebelum penaklukan Sepanyol terhadap Mexico, Empayar Aztek telah meluas dan menguasai kebanyakan wilayah Mexico, maka pengaruhnya telah menyebabkan bahasa Nawatl tuturan oleh para penduduk Tenochtitlan menjadi loghat baku serantau.

Sewaktu penaklukan apabila datangnya abjad Rumi, bahasa Nawatl turut menjadi bahasa sastera, dan banyak karya riwayat, tatabahasa, puisi, dokumen pentadbiran dan kodeks ditulis dalam bahasa pribumi ini pada abad ke-16 dan ke-17. Bahasa sastera awal yang berasaskan loghat Tenochtitlan ini telah dilabelkan sebagai bahasa Nawatl Klasik dan menjadi antara yang paling banyak dikaji dan disuratkan di benua Amerika.