Fajar
Fajar (pinjaman Arab: فَجر, rumi: fajr "terbit pagi" terbitan kata kerja فَجَرَ fajara "memecah[nya cahaya dari kegelapan langit]") ialah masa yang menandakan, bergantung kepada penggunaan tertentu, permulaan aram-temaram sebelum matahari terbit, tempoh aram-temaram sebelum matahari terbit atau masa matahari terbit. Apabila dikenalpasti sebagai permulaan atau tempoh aram-temaram, ia diiktiraf oleh kehadiran cahaya matahari yang lemah, manakala matahari sendiri masih di bawah ufuk.