Makam

Makam (Jawi: مقام serapan Arab: مَقَام maqām terbitan bentuk ism kata kerja َقَام qāma "berdiri; bangkit; bangun" yakni "bangunan") ialah sebuah bangunan luar yang hebat, besar dan bebas tersergam dibina sebagai peringatan mengelilingi ruang penyimpanan atau kamar pengebumian mayat seorang atau beberapa orang mati yang berdarjat atau berekhormatan tinggi seperti pemimpin, raja atau pahlawan. Perkataan makam juga boleh digunakan untuk merujuk kepada tempat kediaman atau tempat bersemayam.