Qat
| Qat | |
|---|---|
| Catha edulis | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | Rosidae
|
| Order: | Celastrales
|
| Keluarga: | Celastraceae
|
| Genus: | Catha
|
| Spesies: | C. edulis
|
| Nama binomial | |
| Catha edulis (Vahl) Forssk. ex Endl.
| |
Qat (Arab: القات al-qāt, Somali: qaad 𐒎𐒛𐒆 atau xaad 𐒅𐒛𐒆, Amhara: ጫት ch'at, bahasa Oromo: Jimaa) atau nama saintifiknya Catha edulis adalah suatu tumbuhan berbunga berasal dari bahagian barat pedalaman Habsyah di rantau Tanduk benua Afrika. Daun-daunnya mengandungi alkaloid katinon iaitu suatu bahan kimia perangsang yang dikatakan menyebabkan kegembiraan, mengurangkan selera makan, dan euforia apabila dikunyah sama tujuannya dengan penggunaan daun koka di Amerika Selatan dan sirih pinang di Asia. Daun-daun ini juga boleh dikeringkan untuk dibuat suatu teh seduhan memberikan kesan sama. Ia ditanam terutamanya oleh masyarakat di Tanduk Afrika dan semenanjung Arab yang membudayakan pengambilan daun-daun ini sejak ribuan tahun; dianggarkan sebanyak 5 hingga 10 juta orang di seluruh dunia menggunakan qat setiap hari.
Kebenaran mengambil daun qat berbeza-beza dari satu tempat ke satu tempat yang lain: ia bahan dadah terkawal di beberapa negara namun tidak pula di tempat membudayakan penggunaan qat termasuk kawasan Tanduk Afrika, Kenya, Uganda dan Yaman membenarkan pengeluaran, penjualan, dan pengambilan qat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengelaskan ia sebagai suatu "dadah boleh disalahguna" (drug of abuse) pada tahun 1980 atas faktor penyebab ketagihan psikologikal, namun badan tersebut tidak menanggap ketagihan qat suatu masalah yang perlu diambil berat.