Pusat galaksi
Pusat Galaksi (Jawi: ڤوست ڬالكسي) ialah pusat putaran galaksi Bima Sakti. Ia terletak pada jarak 8.33 ± 0.35 kpc (~ 27,000 ± 1,000 tahun cahaya) dari Bumi dalam arah buruj Sagittarius,Ophiuchus, dan Scorpius di mana Bima Sakti kelihatan paling terang. Terdapat bukti kukuh yang menyokong kewujudan lubang gergasi besar hitam di Pusat Galaksi Bima Sakti.