Galaksi
Galaksi (Jawi: ݢالکسي) atau bintang temabur (Jawi: بينتڠ تمابور) merupakan kumpulan atau gugusan bintang-bintang yang terdapat dalam Alam Semesta; salah satunya Bima Sakti yang menempatkan sistem suria di mana bumi beredar mengelilingi matahari. Kemungkinan terdapat lebih dari 170 bilion (1.7 × 1011) galaksi dalam alam semesta yang diketahui dapat diperhatikan.
Galaksi boleh muncul dari yang "kerdil" mempunyai hanya tidak lebih dari sepuluh juta (107) bintang hingga yang besar "raksasa" mengandungi seratus trilion (1014) bintang setiap satunya mengorbit satu pusat dan dikekalkan bersama oleh tarikan graviti. Bintang-bintang galaksi sentiasa wujud bersama-sama unsur keliling lain seperti gas, debu antara najam, dan "jirim gelap"; sekitar 10-20% dari galaksi terdiri daripada bintang, gas, dan debu. Galaksi-galaksi ini boleh diperhatikan muncul dalam beberapa bentuk sama ada membujur, berpilin, atau tidak tetap.
Terdapat bukti bahawa lubang gelap mungkin wujud di pusat sebahagian, atau kebanyakan, galaksi. Galaksi terbentuk dari protogalaksi.