Pusaka (filem)
| Pusaka | |
|---|---|
| Pengarah | Razaisyam Rashid |
| Penulis | Anwari Ashraf Alfie Palermo Zulaikha Zakaria (ko-penulis) Luqman Ghazali (ko-penulis) |
| Lakon layar | Anwari Ashraf Alfie Palermo Amree Jukree |
| Cerita oleh | Natasha Chopra |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi | Syafiq Kyle Mimi Lana Hafidz Roshdi Sweet Qismina Ogy Ahmad Daud Faizal Hussein |
| Sinematografi | Madnor Kassim |
| Disunting oleh |
|
| Muzik oleh | Ricky Lionardi |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 31 Oktober 2019 (Malaysia, Singapura & Brunei) |
Masa tayangan | 94 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bajet | RM 2 juta |
| Pecah panggung | RM 13.7 juta |
Pusaka merupakan filem seram Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid dengan idea asal oleh Natasha Chopra serta lakon layar oleh Anwari Ashraf, Alfie Palermo dan Amree Jukree. Ia dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein. Ia mengisahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah menemui mayat pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar. Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat dan gangguan. Kematian demi kematian sering berlaku. Filem ini ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 31 Oktober 2019 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.