Mimi Lana

Mimi Lana
ميمي لان
Mimi Lana pada Ogos 2012.
Kelahiran
Mimi Roziana binti Zainal Abidin

(1995-11-21) 21 November 1995
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2013–kini
PasanganSyafiq Kyle (k. 2025)

Mimi Roziana Zainal Abidin (lahir 21 November 1995) atau lebih dikenali sebagai Mimi Lana (Jawi: ميمي لان) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2014/2015. Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa drama televisyen termasuk Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa (2015), Sein dan Luna (2016), Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018), Masih Ada Rindu (2021) dan Framed (2024). Antara filem-filem terkenal beliau ialah Pusaka (2019), Saka Nan Sepi (2020), The Experts (2024) dan Mencari Ramlee (2025).