Proton Persona (BH)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
| Proton Persona/Proton Menendang (BH) Generasi ketiga | |
|---|---|
| Maklumat | |
| Pengilang | Proton |
| Juga dikenali | Proton P2-31A |
| Pengeluaran | Ogos 2016–sekarang |
| Pemasangan | Malaysia: Proton City (PTMSB) |
| Pendahulu | Proton Persona (CM) |
| Kelas | Kereta subkompak (B) |
| Gaya badan | Sedan empat pintu |
| Reka letak | Enjin depan, pacuan roda hadapan |
| Enjin | 1.6 L VVT S4PH DOHC I4 |
| Penghantaran | 5-speed manual CVT automatik |
| Jarak roda | 2,555 mm (100.6 in) |
| Panjang | 4,387 mm (172.7 in) |
| Lebar | 1,722 mm (67.8 in) |
| Tinggi | 1,554 mm (61.2 in) |
| Berat Kerb | 1,155–1,210 kg (2,546–2,668 lb) |
| Berkait | Proton Iriz |
| Pereka bentuk | Azlan Othman |
Proton Persona (BH) atau Proton Menendang, dengan kod nama persona lipas merupakan sebuah sedan bersegmen-B yang direkabina oleh pengeluar kenderaan tempatan Proton. Siri BH ini menwakili generasi ketiga dan terbaru dari siri Proton Persona. Kenderaan ini dirasmikan pada tanggal 23 Ogos 2016 sebagai pengganti rasmi bagi Persona CM.
Persona BH ini berasaskan platform Proton Iriz yang diperluaskan Ia juga berkongsi enjin VVT 1.6 liter dengan struktur asas Proton Iriz, namun luarannya telah direkayasa semula untuk menampilkan persona yang berbeza. Dalaman kenderaan kebanyakannya tidak jauh berubah dari Iriz, tetapi yang membezakannya hanya dua lapis tema warna.
Persona BH ini adalah satu kelas kecil daripada CM persona, namun ia menawarkan ruangan kepala yang lebih banyak, ruangan kaki yang boleh dibandingkan, dan ruangan but yang jauh lagi besar. Kereta serba baharu ini juga lebih berkuasa, lebih jimat minyak, dan lebih canggih daripada model CM yang lama. Ia merupakan antara model terbaru yang bercirikan konsep USP terbaru Proton yakni 'keselamatan yang mampu dimiliki', malahan juga semua variasi Persona BH telah dianugerahkan dengan kedudukan lima bintang oleh ASEAN NCAP.