Proton Iriz

Proton Iriz
ڤروتون ايريز
Maklumat
PengilangProton
Juga dikenaliCodename P2-30A
Kereta Global Kecil Proton (GSC)
Kereta Kompak Proton (PCC)
Pengeluaran2014–2025
PemasanganMalaysia: Proton City, Perak (PTMSB)
PendahuluProton Savvy
KelasSupermini / Segmen-B
Gaya badanHatchback 5-pintu
Reka letakEnjin hadapan, pacuan roda hadapan
PelantarP2
Enjin1.3 L VVT S4PE DOHC I4
1.6 L VVT S4PH DOHC I4
PenghantaranManual 5-kelajuan (2014–2021)
CVT
Jarak roda2,555 mm (100.6 in)
Panjang3,945–3,965 mm (155.3–156.1 in)
Lebar1,722–1,740 mm (67.8–68.5 in)
Tinggi1,554–1,574 mm (61.2–62.0 in)
Berat Kerb1,130–1,185 kg (2,491.2–2,612.5 lb)
BerkaitProton Persona (BH)
Pereka bentukAzlan Othman

Proton Iriz; (Jawi: ڤروتون ايريز), yang dikenali sebagai Proton Global Small Car (GSC) dan Proton Compact Car (PCC) melalui nama kod dalamam ialah supermini (Segmen-B) yang dibangunkan oleh syarikat automobil Malaysia, Proton. Ia dilancarkan pada 25 September 2014 di kilang baru Proton di Tanjung Malim, Perak oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad yang juga merupakan pengerusi Proton sebagai pengganti spiritual bagi Proton Savvy. Iriz dikuasakan oleh pelbagai mesin Proton 1.3L VVT dan 1.6L VVT serba-baharu, dan dirancang untuk memberikan penekanan lebih besar pada pasaran global. Platform Iriz turut digunakan oleh sedan Persona (BH) yang diperkenalkan pada 2016.

Nama Iriz diilhamkan oleh istilah anatomi iris, bertanggungjawab untuk penglihatan.