Proton Persona (CM)

Proton Persona
Maklumat
PengilangProton
Pengeluaran2007–2016
PendahuluProton Wira
Proton Waja
PenggantiProton Preve (spiritual)
Proton Persona (BH) (de facto)
KelasKereta kompak
Gaya badanSedan 4 pintu
PelantarFF
EnjinEnjin Campro I4 1.6 L
PenghantaranTransmisi manual 5 kelajuan
Transmisi automatik 4 kelajuan
BerkaitProton Gen-2
Chery A3

Proton Persona (CM) merupakan model kereta sedan padat keluaran syarikat automotif Malaysia Proton. Siri CM ini mewakili generasi kedua bagi barisan Proton Persona, tetapi ia merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' di pasaran negara sendiri. Ia dilancarkan pada 15 Ogos 2007 sebagai pengganti kepada Proton Wira di Malaysia, dan Persona C90 di pasaran eksport.

Persona CM dibina berasaskan pelantar Proton Gen-2 yang dipanjangkan, serta dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Gen-2. Persona CM sepatutnya digantikan dengan model segmen C Proton Preve pada tahun 2012. Namun, Proton terus mengeluarkan Persona sebagai alternatif kos rendah bagi Preve yang lebih canggih. Persona akhirnya digantikan dengan Persona BH pada Ogos 2016.

Siri CM ini juga dijual sebagai Proton Gen-2 Persona di beberapa negara eksport, dan ia merupakan salah satu daripada dua model Proton yang dijenamakan semula dan dikeluarkan oleh syarikat Youngman di China. Lebih 250,000 Persona CM sudah terjual dalam tempoh 9 tahun.