ASEAN NCAP

Program Penilaian Kereta Baru untuk Asia Tenggara (bahasa Inggeris: New Car Assessment Program for Southeast Asia)
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan 
PerkhidmatanPenilaian keselamatan automotif
Keanggotaan (2016)6 organisasi
Tapak web
Sejarah
Dibentuk2011 (2011)
sunting · sunting di Wikidata

ASEAN NCAP atau Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara. ASEAN NCAP ialah tambahan baru untuk organisasi NCAP di seluruh dunia bagi rujukan pengguna berteraskan kaedah penarafan bintang. Program ini ditubuhkan bersama oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Program Penilaian Kereta Baru Global (Global NCAP) atas MoU kerjasama yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak semasa Perhimpunan Agung Yayasan FIA (Fédération Internationale de l'Automobile) di New Delhi, India pada 7 Disember 2011.Melalui program ASEAN NCAP ini, maklumat yang telus dan tepat berkenaan dengan tahap keselamatan sesuatu, kenderaan dapat dibekalkan kepada pengguna untuk meningkatkan taraf keselamatan, meningkatkan kesedaran pengguna dan mendorong pasaran kenderaan menjadi lebih aman di kawasan Asia Tenggara.

Pada bulan Januari 2013, ASEAN NCAP telah menerbitkan keputusan fasa pertama program yang melibatkan tujuh model popular di pasaran rantau ASEAN. Pada peringkat ini, dua penilaian berasingan yang dijalankan dalam skim penarafan iaitu Perlindungan Penghuni Dewasa (AOP) oleh penarafan bintang dan Perlindungan Penghuni Kanak-Kanak (COP) mengikut penarafan berasaskan peratusan.

Secara amnya, terdapat dua kategori penarafan bintang dalam ASEAN NCAP iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP). Sehingga bulan April 2016, ASEAN NCAP telah memberi penarafan bintang kepada 71 buah model kenderaan penumpang yang merangkumi pelbagai pembuat kenderaan.