Pop Shuvit

Pop Shuvit
Maklumat latar belakang
Genre
Tahun aktif2001
Kegiatan berkaitanPoint Blanc, Emmett Butterfingers, Shorti, Slapshock, Zain Ruffedge, Ahli Fiqir
Pautan berkaitan
Tapak sesawangpopshuvitmusic.com
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Pop Shuvit merupakan sebuah kumpulan rap rock Malaysia yang ditubuhkan pada 2001, terkenal dengan lagu-lagu seperti "Jump", "Slip Away" dan "Conversations". Kumpulan ini terdiri daripada Murali Dharan Marimuthu (Moots! - MC), Jedidiah Wong (JD - vokal, gitar), Nazrin Mohd Nasir (AJ - gitar bes) Azlan Rudy Abdul Malik (Rudy - dram) dan Syazlee Zalsyam Zakaria (DJ Uno - vokal, DJ). Kumpulan ini mendapat nama dari satu ejekan permainan papan luncur dengan nama sama dan telah menerbitkan lima album – Take It & Shuvit (2002), Here & Now (2005), Amped & Dangerous (2006), Freakshow Vol. 1: Tales of the Travelling Tunes (2007) dan Cherry Blossom Love Affair (2011).