Moots!

Moots!
Kelahiran
Murali Dharan a/l Marimuthu

1977 (umur 47–48)
PekerjaanPenyanyi
Penyampai radio
Tahun aktif2001–kini
PasanganVanessa Chong
Anak-anakCaela Rae

Murali Dharan a/l Marimuthu atau lebih dikenali sebagai Moots! (lahir 1977) merupakan seorang penyanyi dan penyampai radio Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis utama kumpulan rap rock Malaysia, Pop Shuvit, yang telah menerbitkan lima album studio dan aktif mengadakan persembahan di Jepun. Sebagai penyampai radio, beliau ialah juruhebah di stesen radio Hitz.

Moots! ialah abang ipar kepada bekas peserta Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong. Beliau berkahwin dengan kakak Vince, Vanessa Chong pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan bernama Caela Rae. Beliau juga ialah orang kuat Rocketfuel Entertainment.