Point Blanc

Point Blanc
Nama lahirNicholas Ong Chong Quan
Juga dikenali
sebagai
Point Blanc
Kelahiran (1979-10-14) 14 Oktober 1979
Ipoh, Perak, Malaysia
GenreHip hop, rap
PekerjaanPenyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, usahawan
Alat muzikVokal
Tahun aktif1998–kini
Syarikat rakamanVoyeur Records
Kegiatan berkaitanPoetic Ammo, Pop Shuvit, Jaclyn Victor, The Fabulous Cats
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting · sunting di Wikidata

Nicholas Ong Chong Quan atau lebih dikenali sebagai Point Blanc (lahir 14 Oktober 1979 di Ipoh, Perak, Malaysia) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan usahawan Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyanyi utama kumpulan hip hop, Poetic Ammo di mana beliau menerbitkan tiga album bersama kumpulan ini. Selain itu, beliau juga pernah menjadi vokalis utama kedua Pop Shuvit di mana beliau hanya menerbitkan satu album bersama kumpulan ini. Selepas Poetic Ammo dibubarkan, beliau bergerak secara solo dan menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Voyeur Records dan menerbitkan dua album solo–Straight To The Point (2007) dan The Turning Point (2011). Beliau juga memiliki jenama pakaiannya, Voyeurizm.