Azlan Rudy Malik
Azlan Rudy Malik | |
|---|---|
| Kelahiran | Azlan Rudy bin Abdul Malik 1977 (umur 47–48) |
| Nama lain | Rudy, Rudy Pop Shuvit |
| Pekerjaan | Pemuzik, Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia for Youth |
| Terkenal kerana | Sebagai pemain dram kumpulan Pop Shuvit |
| Ibu bapa | Abdul Malik Abdul Rahmah Anne Malik |
| Saudara | Azril Dino Malik (adik) Azwin Andy Malik (adik) |
Azlan Rudy Abdul Malik ialah seorang ahli muzik Malaysia dan merupakan pemain dram kumpulan rap rock Malaysia, Pop Shuvit. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia for Youth (1M4U). Adik-beradiknya juga turut bergiat aktif dalam bidang muzik, adiknya, Azril Dino ialah pemain dram kumpulan Frequency Cannon, manakala seorang lagi adiknya, Azwin Andy ialah pemain dram kumpulan Estranged.