Plat Afrika

Plat Afrika
JenisUtama
Perkiraan luas wilayah61,300,000 km2 (23,700,000 bt2)
WilayahAfrika, Laitan Atlantik, Laut Mediterranean, Laut Merah

Plat Afrika, juga dikenali sebagai plat Nubia, ialah plat tektonik utama yang merangkumi sebahagian besar benua Afrika (kecuali bahagian paling timurnya) dan kerak lautan bersebelahan di barat dan selatan. Ia juga termasuk jalur sempit Asia Barat di sepanjang Laut Mediterranean, termasuk sebahagian besar Israel dan Lubnan. Ia bersempadan dengan plat Amerika Utara dan plat Amerika Selatan di sebelah barat (dipisahkan oleh Rabung Tengah Atlantik); plat Arab dan plat Somalia di sebelah timur; plat Eurasia, plat Laut Aegea dan plat Anatolia di utara; dan plat Antartika di selatan.

Antara 60 juta tahun dahulu hingga 10 juta tahun dahulu, plat Somalia mula pecah dari plat Afrika di sepanjang Rabung Afrika Timur. Memandangkan benua Afrika terdiri daripada kerak dari kedua-dua plat Afrika dan Somalia, beberapa kesusasteraan merujuk kepada plat Afrika sebagai plat Nubia untuk membezakannya daripada benua secara keseluruhan.