Rengkahan benua

Rengkahan benua atau rekahan benua adalah kawasan selarian yang terbentuk hasil plat-plat tektonik litosfera bumi saling menarik berpisah atau menolak bertembung.

Tarik tolak antara benua-benua ini boleh membentuk muka bumi yang baharu termasuk banjaran gunung dan gunung berapi (hasil terbukanya laluan magma dari mantel) malah menyebabkan kejadian penggegaran dirasai atas permukaan bumi Rengkahan yang menimbul atas permukaan laut membentuk lembah yang barangkali akan diisi air membentuk suatu tasik. Sebaliknya, lekukan atau benaman tanah yang meruntuh akibat pergerakan plat yang disesarkan juga boleh berlaku secara lawannya.