Ahmad Boestamam
Yang Berhormat Dato' Ahmad Boestamam | |
|---|---|
| Ahli Parlimen bagi P070 Setapak, Selangor | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abdullah Sani bin Raja Kechil 30 November 1920 Kampung Behrang Ulu, Negeri Perak Malaya |
| Meninggal dunia | 19 Januari 1983 (umur 62) Hospital Besar Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Parti Kebangsaan Melayu Malaya Parti Marhaen |
| Pasangan | Datin Rabitah Binti Mohd Wajib |
| Anak | 2 |
| Pekerjaan | Ahli politik, Wartawan, Sasterawan |
Ahmad Boestamam (30 November 1920 – 19 Januari 1983; nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) ialah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali.
Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara. Beliau berbakat besar dalam penulisan dan seorang pemidato yang handal. Beliau dianugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak pada tahun 1976 membawa gelaran Datuk.