Pilihan raya negeri Selangor 1999

Pilihan raya Negeri Selangor 1999

29 November 1999

Kesemua 48 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor
25 kerusi diperlukan untuk majoriti
  Parti majoriti Parti minoriti
 
Pemimpin Abu Hassan Omar Hasan Mohamed Ali
Parti UMNO PAS
Gabungan Barisan Nasional Barisan Alternatif
Pemimpin sejak 1997 Tidak diketahui
Kerusi pemimpin Permatang Sungai Burong
Pilihan raya
lepas
45 3
Kerusi sebelum 45 3
Kerusi yang
diperlukan
23
Kerusi yang
dimenangi
42 6
Perubahan kerusi 3 3

Menteri Besar sebelum pilihan raya

Abu Hassan Omar
Barisan Nasional, (UMNO)

Terpilih

Abu Hassan Omar
Barisan Nasional, (UMNO)

Pilihan raya negeri Selangor telah diadakan pada hari Isnin, 29 November tahun 1999, bersamaan dengan pilihan raya umum Malaysia 1999. Hari penamaan calon telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 20 November 1999. Pengundian berlangsung di seluruh 48 kawasan pilihan raya negeri dengan masing-masing pengundi memilih calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke Dewan Undangan Negeri Selangor. Parti Barisan Nasional berjaya mendapat sebanyak 42 kerusi di Dewan Negeri Selangor, Parti Islam Se-Malaysia berjaya mendapat empat kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) masing-masing mendapat satu kerusi di Dewan Negeri. Ia juga merupakan pilihan raya kesepuluh setelah negara mencapai kemerdekaan.