Pilihan raya kecil Simpang Jeram 2023

Pilihan raya kecil
Simpang Jeram 2023

9 September 2023 (2023-09-09)

Kerusi Simpang Jeram di Dewan Negeri Johor.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
Terdaftar40,379
 
Calon Nazri Abdul Rahman Mohd Mazri Yahya Jeganathan Subramaniam
Parti Amanah PAS Bebas
Gabungan Pakatan Harapan Perikatan Nasional
Undian popular 13,844 10,330 311
Peratusan 56.54 42.19 1.27

ADUN Simpang Jeram sebelum pilihan raya

Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan

ADUN Simpang Jeram

Nazri Abdul Rahman
Pakatan Harapan

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram 2023 ialah pilihan raya kecil pertama selepas pilihan raya negeri Johor ke-15 yang diadakan pada 9 September 2023.

Menurut perlembagaan negeri, kekosongan DUN perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 23 September 2023.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023. Berikutan itu juga, Parlimen Pulai yang disandang turut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Calon Pakatan Harapan, Nazri Abdul Rahman menang dalam pilihan raya ini.