Pilihan raya kecil Pulai 2023

Pilihan raya kecil
Pulai 2023

9 September 2023 (2023-09-09)

Kerusi Pulai di Dewan Rakyat.
Dipilih berdasarkan kaedah undian terbanyak.
Terdaftar166,653
Pengundi hadir78,882
 
Calon Suhaizan Kaiat Zulkifli Jaafar Samsudin Mohamad Fauzi
Parti Amanah Bersatu Bebas
Gabungan Pakatan Harapan Perikatan Nasional
Undian popular 48,283 29,642 528
Peratusan 61.54 37.78 0.67

Ahli Parlimen Pulai sebelum pilihan raya

Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan

Ahli Parlimen Pulai

Suhaizan Kaiat
Pakatan Harapan

Pilihan raya kecil Parlimen Pulai 2023 ialah pilihan raya kecil kedua selepas pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang diadakan pada 9 September 2023.

Menurut undang-undang Malaysia, kekosongan kerusi Dewan Rakyat perlu diisi dalam tempoh 60 hari selepas kekosongannya, iaitu sebelum 23 September 2023.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023. Berikutan itu juga, DUN Simpang Jeram yang disandang turut kosong dan perlu diadakan pilihan raya kecil.

Calon Pakatan Harapan, Suhaizan Kayat menang dalam pilihan raya ini.