Nazri Abdul Rahman
Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Haji Nazri Abdul Rahman | |
|---|---|
| نذري عبد الرحمن | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Simpang Jeram | |
| Menyandang jawatan 9 September 2023 | |
| Sultan | Sultan Ibrahim |
| Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
| Didahului oleh | Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1967 (umur 57–58) Batu Tiga, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
| Parti politik | (2015–kini) |
| Pasangan | Siti Seri Azura Ahmad |
| Kediaman | Simpang Jeram, Johor |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Jurutera |
Nazri bin Abdul Rahman (lahir 1967) ialah seorang ahli politik dan jurutera Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor bagi Simpang Jeram sejak September 2023. Beliau merupakan ahli dan Timbalan Ketua Bahagian Bakri Parti Amanah Negara. (AMANAH), parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau merupakan Ketua Biro Ekonomi Pusat Khidmat Simpang Jeram dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Muar (MPM). Beliau juga kini merupakan satu-satunya ADUN AMANAH Johor.