Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021
| كأس العرب 2021 Kaʾs al-ʿārab 2021 | |
|---|---|
| Perincian kejohanan | |
| Negara tuan rumah | Qatar |
| Tarikh | 30 November – 18 Disember |
| Pasukan | 16 (dari 2 konfederasi) |
| Tempat | 6 (di 4 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Algeria (Kejuaraan Ke-1) |
| Naib Juara | Tunisia |
| Tempat Ketiga | Qatar |
| Tempat Keempat | Mesir |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 32 |
| Jaringan gol | 83 (2.59 per perlawanan) |
| Kehadiran | 571,605 (17,863 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Seifeddine Jaziri (4 gol) |
| Pemain terbaik | Yacine Brahimi |
| Penjaga gol terbaik | Raïs M'Bolhi |
| Anugerah Permainan Bersih | Maghribi |
← 2012 (Piala Negara-Negara Arab) | |
Piala Negara-Negara Arab FIFA 2021 (Arab: كأس العرب 2021) dijadualkan menjadi edisi ke-10 Piala Negara-Negara Arab, sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa yang dipertandingkan pasukan kebangsaan lelaki dari dunia Arab; ini akan menjadi edisi pertama yang dianjurkan oleh FIFA. Ia dijadualkan berlangsung antara 30 November dan 18 Disember di Qatar, sebagai permulaan kepada Piala Dunia FIFA 2022 yang juga akan diadakan di Qatar.
Fasa kejohanan melibatkan 16 pasukan, di mana tujuh daripadanya telah melalui pusingan kelayakan; kesemua 23 pasukan yang bertanding adalah di bawah naungan sama ada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) atau Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF). Daripada 16 pasukan itu, lapan juga pernah muncul pada 2012; tiada pasukan membuat penampilan sulung mereka di Piala Negara-Negara Arab. 32 perlawanan pusingan akhir telah dimainkan di enam venue, yang juga digunakan untuk Piala Dunia FIFA 2022. Negara tuan rumah Qatar menewaskan Mesir dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Pada perlawanan akhir, Algeria menentang Tunisia pada 18 Disember di Stadium Al Bayt di Al Khor. Algeria memenangi perlawanan itu 2–0 selepas masa tambahan untuk menuntut Piala Arab pertama mereka.
Pemain Algeria Yacine Brahimi telah dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan itu, memenangi Bola Emas. Pemain Tunisia, Seifeddine Jaziri memenangi Kasut Emas apabila dia menjaringkan gol terbanyak sepanjang kejohanan itu dengan empat gol. Raïs M'Bolhi dari Algeria memenangi Sarung Tangan Emas, dianugerahkan sebagai penjaga gol dengan memiliki rekod tanpa bolos terbanyak. Dianggarkan lebih 500,000 orang telah menghadiri permainan sepanjang kejohanan itu. Teknologi ofsaid separa automatik telah diuji buat kali pertama dalam kejohanan ini.