Yacine Brahimi

Yacine Brahimi
Maklumat peribadi
Nama penuh Yacine Brahimi
Tarikh lahir (1990-02-08) 8 Februari 1990
Tempat lahir Paris, Perancis
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Porto
Nombor 8
Kerjaya remaja
1997–2000 Montreuil
2000–2004 Vincennois
2003–2006 Clairefontaine
2004–2006 Paris Saint-Germain
2006–2009 Rennes
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2009–2013 Rennes 39 (6)
2009–2010 → Clermont (pinjaman) 32 (8)
2012–2013Granada (pinjaman) 27 (0)
2013–2014 Granada 35 (3)
2014– Porto 5 (0)
Pasukan kebangsaan
2006 Perancis B16 7 (2)
2006 Perancis B17 3 (0)
2007–2008 Perancis B18 5 (1)
2008–2009 Perancis B19 25 (11)
2010 Perancis B20 5 (1)
2010–2012 Perancis B21 8 (1)
2013– Algeria 10 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 September 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 September 2014

Yacine Brahimi (Arab: ياسين إبراهيمي; lahir 8 Februari 1990) merupakan pemain bola sepak Algeria kelahiran Perancis yang beraksi untuk Porto dan pasukan kebangsaan Algeria. Dia bermain sebagai pemain tengah menyerang dan pemain sayap dan digambarkan sebagai "pemain berbakat teknikal". Jurulatihnya, Frédéric Antonetti, telah mengisytiharkan bahawa Brahimi akan menjadi "perancang masa hadapan Stade Rennais".

Brahimi memulakan kariernya bersama berbagai bagai kelab di daerah Île-de-France, telah dilatih di ASB Montreuil dan CO Vincennois. Pada tahun 2003, dia dipilih untuk menyertai akademi Clairefontaine. Brahimi menghabiskan masa selama tiga tahun di akademi itu dan, apabila keluar, dia menyertai Stade Rennais. Semasa di akademi kelab itu, dia mencapai beberapa kejayaan kelab. Selepas menjadi profesional, Brahimi telah dipinjamkan kepada kelab divisyen kedua, Clermont Foot. Semasa di Clermont, dia mendapat kejayaan individu musim. Selepas menghabiskan musim sebelumnya di sana secara pinjaman, dia berpindah ke kelab La Liga, Granada CF pada tahun 2013, dan kemudiannya ke Porto dengan bayaran €6.5 juta satu tahun kemudian.

Seorang pemain antarabangsa Algeria, Brahimi merupakan bekas pemain antarabangsa belia Perancis dan telah mewakili negara itu di semua peringkat belia. Pada tahun 2009, dia bermain untuk pasukan bawah-19 yang layak ke separuh akhir Piala UEFA bawah-19 2009. Pada bulan Februari 2013, Brahimi beralih kesetiaan antarabangsa ke Algeria dan membuat penampilan sulung untuk mereka sebulan kemudian, dia juga bermain di Piala Dunia FIFA 2014.