Piala Malaysia 2016

Piala Malaysia 2016
TM Piala Malaysia 2016
Negara Malaysia
Pasukan16
Juara Kedah
Naib juara Selangor
Perlawanan dimainkan61
Jaringan gol155 (2.54 per perlawanan)
Kehadiran455,756 (7,471 per perlawanan)
Penjaring terbanyak(PDRM)
Guilherme de Paula
(7 gol)
Pemain terbaik(Kedah)
Rizal Ghazali
2015
2017

Piala Malaysia 2016 adalah edisi ke-90 Piala Malaysia, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Piala Malaysia 2016 bermula pada Ogos dengan pusingan awal. Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berprestij ini. Pasukan-pasukan yang dibahagikan kepada 4 kumpulan 4 pasukan. Juara dan naib juara dalam setiap kumpulan selepas 6 perlawanan layak ke suku akhir. Nike mempunyai bola baru perlawanan, Piala Malaysia Ordem.

Selangor adalah juara bertahan, setelah menewaskan juara 2008 Kedah, 2-0 dalam perlawanan akhir musim lepas. Bagi edisi 2016, Kedah telah menewaskan Selangor dengan keputusan 6-5 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas tamat 120 minit masa perlawanan sebenar.