Piala Malaysia 2017

Piala Malaysia 2017
TM Piala Malaysia 2017
Negara Malaysia
Pasukan16
Juara Johor Darul Ta'zim
Naib juara Kedah
Perlawanan dimainkan61
Jaringan gol201 (3.3 per perlawanan)
Kehadiran375,975 (6,164 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Sandro da Silva (Kedah)
(9 gol)
Pemain terbaik Gonzalo Cabrera
2016
2018

Piala Malaysia 2017 ialah edisi ke-91 Piala Malaysia, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.

Piala Malaysia 2017 bermula dengan pusingan awal. Sebanyak 16 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang berprestij ini. Pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan 4 pasukan. Juara dan naib juara dalam setiap kumpulan selepas 6 perlawanan mara ke suku akhir. Kedah ialah juara bertahan.