Piala Malaysia 2015
| TM Piala Malaysia 2015 | |
| Negara | Malaysia Singapura |
|---|---|
| Pasukan | 16 |
| Juara | Selangor |
| Naib juara | Kedah |
| Perlawanan dimainkan | 61 |
| Jaringan gol | 184 (3.02 per perlawanan) |
| Kehadiran | 642,090 (10,526 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Thiago Augusto Sandro da Silva (8 gol) |
| Pemain terbaik | Ahmad Hazwan Bakri |
← 2014 2016 → | |
Piala Malaysia 2015 merupakan edisi ke-89 Piala Malaysia. TM merupakan penaja edisi kali ini.
Pahang adalah juara bertahan dalam edisi kali ini tetapi disingkirkan juara 32 kali, Selangor di peringkat separuh akhir. Naib juara 2014; Johor Darul Ta'zim turut gagal ke akhir apabila dikalahkan FC Felda ketika saingan suku akhir. Selangor menjulang kejuaraan Piala Malaysia 2015 setelah menumpaskan Kedah di pentas final.
Edisi 2015 edisi terakhir penyertaan pasukan LionsXII dalam kejohanan Piala Malaysia.