Pertempuran Kriti

Pertempuran Kriti
Sebahagian daripada Kancah Mediterranean Perang Dunia Kedua

Askar paracut Jerman (Fallschirmjäger) mendarat di Kriti
Tarikh20 Mei – 1 Jun 1941 (11 hari)
Lokasi
Kriti, Yunani
Keputusan Kemenangan yang merugikan Kuasa Paksi
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 Kerajaan Beraja Yunani
 Australia
 New Zealand
 Jerman Nazi
 Itali
Komandan dan pemimpin
Bernard Freyberg Kurt Student
Kekuatan
United Kingdom:
15,000
Greece:
11,451
Australia:
7,100
New Zealand:
6,700
Jumlah:
40,000–61,800 (10,000 tanpa keupayaan tempur)
Jerman:
14,000 askar payung terjun
15,000 askar gunung
280 pengebom
150 pengebom junam
180 pesawat pejuang
500 pesawat pengangkut
80 buah peluncur
Itali:
2,700
Kerugian dan korban

4,123 terkorban
cedera tidak diketahui
17,479 ditawan.

4 kruiser dan 6 pembinasa tenggelam.
1 pengangkut pesawat, 2 kapal tempur, 4 kruiser, 2 pembinasa, 1 kapal selam rosak.
Jumlah: 6,698
284 pesawat Luftwaffe musnah atau ranap dan beratus lagi rosak.
1 pembinasa Itali rosak
1 bot torpedo Itali rosak

Pertempuran Kriti (Jerman: Luftlandeschlacht um Kreta, Yunani: Μάχη της Κρήτης, juga dikenali Unternehmen Merkur (Operasi Mercury), telah berlaku di pulau Kriti, Yunani semasa Perang Dunia Kedua. Ia bermula pada pagi 20 Mei 1941, apabila Jerman Nazi melancarkan serangan hantaran udara ke atas Kriti. Tentera Yunani, tentera Berikat yang lain serta dengan penduduk awam Kriti mempertahankan pulau tersebut. Selepas sehari pertempuran, pihak Jerman telah mengalami mangsa korban yang sangat banyak dan tentera Bersekutu yakin bahawa mereka mampu mengalahkan pencerobohan itu. Keesokkan harinya lapangan terbang Maleme di barat pulau tersebut dimusnahkan akibat kegagalan komunikasi, taktikal Bersekutu yang teragak-agak dan operasi penyerangan Jerman. Perkara tersebut membolehkan pihak Jerman mendaratkan pasukan bantuan dan mengatasi posisi pertahanan di utara pulau ini. Tentera Berikat berundur ke pantai selatan. Lebih separuh telah dipindahkan oleh Tentera Laut Diraja; yang selebihnya menyerah diri atau menyertai Penentang Kriti.

Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang menggunakan Fallschirmjäger (Askar payung terjun Jerman) secara besar-besaran, pencerobohan besar hantaran udara pertama dalam sejarah ketenteraan, pertama kali pihak Berikat menjadikan signifikan penggunaan risikan dari penyahsulitan perutusan-perutusan Jerman dari Mesin Enigma dan kali pertama tentera Jerman mendapat tentangan besar-besaran daripada orang awam. Bilangan korban tinggi daripada pasukan payung terjun Jerman menyebabkan Adolf Hitler melarang operasi besar hantaran udara yang seterusnya. Sebaliknya, pihak Berikat kagum dengan potensi pasukan payung terjun dan mula membentuk serangan airborne dan rejimen pertahanan lapangan terbang.