Mesin Enigma

Mesin Enigma ialah sekumpulan mesin sifer rotor elektromekanik yang berkaitan dan digunakan pada abad ke-20 untuk mengekod dan menyahkod perutusan-perutusan rahsia. Enigma dicipta oleh jurutera Jerman bernama Arthur Scherbius pada penghujung Perang Dunia Kedua. Model-model awal diguna secara komersial mulai tahun 1920-an dan diadaptasi oleh tentera dan kerajaan beberapa buah negara — yang paling menonjol Jerman Nazi sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua.