Persekutuan Hoki Antarabangsa

Persekutuan Hoki Antarabangsa
Kerangka
KependekanFIH
Jenis/bentuk sahPersekutuan sukan
Keanggotaan 127 ahli persekutuan
Anggota bagiPersatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas 
Tapak webhttp://worldhockey.org/
Sejarah
Dibentuk7 Januari 1924
Pengurusan
Presiden Leandro Negre
Lokasi
Ibu pejabatLausanne, Switzerland
Koordinat46°32′N 6°38′E 
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
sunting · sunting di Wikidata

Persekutuan Hoki Antarabangsa (Fédération Internationale de Hockey sur Gazon, atau FIH) adalah organisasi sukan antarabangsa untuk sukan hoki, atau juga dikenali dengan nama hoki padang di sesetengah negara.

FIH telah ditubuhkan pada 7 Januari 1924 di Paris oleh Paul Léautey yang juga sebagai presiden pertama sebagai tindak balas kepada penyingkiran sukan hoki daripada program Sukan Olimpik 1924. Ketika itu, hanya tujuh negara yang terlibat dalam mengasaskan badan sukan antarabangsa tersebut. Tujuh negara itu adalah Austria, Belgium, Czechoslovakia, Perancis, Hungary, Sepanyol dan Switzerland. Kemudian FIH berkembang untuk mendapat ramai keahlian dan mencapai pengiktirafan antarabangsa. Pada tahun 1982, FIH bergabung dengan IFWHA (Persekutuan Hoki Wanita Antarabangsa), yang telah diasaskan pada tahun 1927 oleh Australia, Denmark, England, Ireland, Scotland, Afrika Selatan, Amerika Syarikat dan Wales.

Pertubuhan ini berpusat di Lausanne semenjak 2005, selepas berpindah dari Brussel. Presiden terkini adalah Leandro Negre dari Sepanyol, yang telah dipilih pada 29 November 2008 di Los Angeles, California.