Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa

Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa
ڤرسكوتوان هوكي أيس انتارابڠسا
Kerangka
KependekanIIHF 
Jenis/bentuk sahPersekutuan sukan untuk hoki ais dan hoki kasut roda
Keanggotaan 83 
Anggota bagiPersatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Winter Olympic Federations 
Bahasa rasmi
Tapak webwww.iihf.com 
Sejarah
Ditubuhkan15 Mei 1908 (1908-05-15) di  Paris, Perancis
Pengurusan
PresidenRené Fasel
Maklumat lain
Dahulunya dikenali sebagaiLiga Hoki Ais Antarabangsa
Lokasi
Ibu pejabat Zurich, Switzerland
Koordinat47°22′N 8°32′E 
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia 
sunting · sunting di Wikidata

Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (PHAA) ialah badan pentadbiran sedunia bagi hoki ais dan hoki kasut roda. Badan ini berpangkalan di Zurich, Switzerland dengan keanggotaan sebanyak 81 buah negara. Lebih dua pertiga anggota berdaftar adalah dari Amerika Utara.

PHAA mengekalkan ranking dunia berdasarkan pada kejuaraan-kejuaraan hoki ais antrabangsa. Peraturan permainan untuk acara-acara PHAA adalah berbeza daripada hoki di Amerika Utara dan peraturan Liga Hoki Kebangsaan (NHL). Keputusan PHAA boleh dirayu melalui Mahkamah Penimbangtaraan untuk Sukan (CAS) di Lausanne, Switzerland. PHAA mengekalkan dewan kemasyhurannya sendiri untuk hoki ais antarabangsa. Dewan Kemasyhuran Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa telah diasaskan pada tahun 1997 dan telah ditempatkan di dalam Dewan Kemasyhuran Hoki sejak tahun 1998.