Perjanjian Jepun–Korea 1876

Perjanjian Jepun–Korea 1876
Perjanjian dipamerkan
Ditandatangani26 Februari 1876 (1876-02-26)
Berkuat kuasa
26 Februari 1876 (1876-02-26)
Penandatangan Empayar Jepun
 Kerajaan Joseon
sunting
Perjanjian Jepun–Korea 1876
Nama bahasa Jepun
Kanji日朝修好条規
Hiraganaにっちょうしゅうこうじょうき
Nama bahasa Korea
Hangul
강화도 조약
Hanja
江華島條約
Perumian SemakanGanghwado Joyak
McCune–ReischauerKanghwado Choyak

Perjanjian Jepun–Korea tahun 1876, juga dikenal sebagai Perjanjian Persahabatan Jepun–Korea dalam bahasa Jepun atau Perjanjian Pulau Ganghwa (Jawi: ڤرجنجين ڤولاو ڬڠهوا) di Korea, dibuat antara wakil-wakil Empayar Jepun dan Kerajaan Joseon pada tahun 1876. Rundingan tersebut selesai pada 26 Februari 1876.

Di Korea, Heungseon Daewongun, yang menerapkan dasar untuk menutup pintu kepada kuasa Eropah, dipaksa untuk bersara oleh puteranya Raja Gojong dan isteri Gojong, Maharani Myeongseong. Perancis dan Amerika Syarikat telah melakukan beberapa usaha yang tidak berjaya untuk memulakan perdagangan dengan dinasti Joseon pada zaman Daewongun. Namun, setelah beliau disingkirkan dari kekuasaan, banyak pegawai baru yang menyokong idea membuka perdagangan dengan orang asing pula mengambil alih kuasa. Walaupun terdapat ketidakstabilan politik, Jepun mengembangkan rancangan untuk membuka dan memberi pengaruh kepada Korea sebelum kekuatan Eropah mengambil kesempatan. Pada tahun 1875, rancangan mereka dilaksana : Un'yō, sebuah kapal perang kecil Jepun dikirim untuk menunjukkan pertunjukan kekuatan dan meninjau perairan pesisir tanpa izin Korea.