Maharani Myeongseong
| Maharani Myeongseong 명성황후 | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Maharani damping Korea (anumerta) | |||||
| Permaisuri Joseon | |||||
| Tempoh | 20 Mac 1866 – 8 Oktober 1895 | ||||
| Regen Joseon | |||||
| Tempoh | 6 July 1895 – 8 Oktober 1895 | ||||
| Raja | Gojong | ||||
| Tempoh | 1 November 1873 – 1 Julai 1894 | ||||
| Monarch | Gojong | ||||
| Keputeraan | 19 Oktober 1851 Yeoju, Kerajaan Joseon | ||||
| Kemangkatan | 8 Oktober 1895 (umur 43) Okhoru Pavilion, Istana Gyeongbok, Kerajaan Joseon | ||||
| Pemakaman | Hongneung | ||||
| Pasangan | Raja Gojong | ||||
| Anakanda | Maharaja Sunjong | ||||
| |||||
| Kerabat | Yeoheung Min | ||||
| Ayahanda | Min Chi-Rok | ||||
| Bonda | Ibu Lee puak Lee Hansan | ||||
Maharani Myeongseong (Korea: 명성황후; Hanja: 明成皇后; RR: Myeongseong Hwanghu; MR: Myŏngsŏng Hwanghu; 19 Oktober 1851 – 8 Oktober 1895) merupakan permaisuri pertama Gojong iaitu raja ke-26 kerajaan Joseon serta maharaja pertama Empayar Korea.
Kerajaan Meiji Jepun menganggap peranan baginda sebagai suatu penghalang kepada peluasan kuasa Jepun melangkaui pulau-pulau asalnya. Langkah percubaan yang dibuat melalui pemberontakan yang gagal mendorong ayahanda raja Gojong, Heungseon Daewongun, agar menekankan puterinya lebih tegas menentang pengaruh kuasa Jepun yang semakin kuat dan mendekati Korea.