Percubaan pembunuhan Donald Trump
| Percubaan pembunuhan Donald Trump | |
|---|---|
Butler Farm Show Grounds (kanan), 6:01 petang EDT, 10 minit sebelum penembakan | |
| Lokasi | Butler Farm Show Grounds di Connoquenessing Township/Meridian, berdekatan Butler, timur Pennsylvania, A.S. |
| Koordinat | 40°51′25.3″N 79°58′15.6″W / 40.857028°N 79.971000°W |
| Tarikh | 13 Julai 2024 6:11 petang (UTC−04:00) |
| Sasaran | Donald Trump |
Jenis serangan | Percubaan pembunuhan dengan tembakan |
| Senjata | Senapang jenis AR-15 |
| Kematian | 2 (termasuk pelaku) |
| Tercedera | 5 (termasuk Trump dan kecederaan bukan tembakan kepada seorang pegawai) |
| Pelaku | Thomas Matthew Crooks |
| Motif | Dalam siasatan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pada 13 Julai 2024, bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah rapat umum untuk menggalang sokongan dalam kempen pilihan rayanya diadakan dalam sebuah tapak pameran di Butler, barat negeri Pennsylvania. Menurut saksi dan rakaman video, Trump mengalami pendarahan dari telinga kanannya sejurus selepas tembakan, akibat kesan luka dari tembakan. Pegawai persekutuan dan tempatan melaporkan bahawa suspek penembak dan seorang peserta perhimpunan terbunuh, manakala dua lagi peserta cedera parah.
Kes tembakan ini sedang disiasat sebagai cubaan membunuh. Ini merupakan kejadian pertama seseorang presiden A.S. baik yang mantan mahupun semasa cedera dalam suatu penembakan sekian lama sejak kejadian penembakan terhadap Ronald Reagan pada tahun 1981.
Selepas penembakan itu, Presiden Joe Biden lawan Trump dalam pilihan raya 2024 menempelak serangan itu sebagai suatu kejadian yang "menjijikkan" sambil menegaskan "tidak patut berlakunya di Amerika [Syarikat] keganasan seperti ini". Bekas-bekas presiden Bill Clinton, George W. Bush, dan Barack Obama juga mengutuk tembakan itu, begitu juga dengan banyak pemimpin antarabangsa. Sambil keadaan pengawasan keselamatan perhimpunan itu sedang dikritik meluas, pengarah Perkhidmatan Rahsia Kimberly Cheatle ditekan agar meletakkan jawatannya, manakala Presiden Biden mengumumkan rancangan untuk mengadakan suatu penyiasatan mandiri. Para penggubal undang-undang menggesa agar tahap keselamatan dipertingkatkan untuk calon-calon utama pilihan raya ini. Penemuan awal oleh Biro Siasatan Persekutuan mendedahkan bahawa Crooks telah meminjam senapang yang dibeli secara sah daripada bapanya dan tidak mempunyai rekod jenayah, maka motif serangan dia tidak diketahui. Bahkan, catatan media sosial mahupun atau tulisan lain dibuat Crooks tidak menyatakan fahaman politik diri yang khusus; hal ini mendatangkan kesangsian tinggi terhadap motif kejadian ini sehingga timbul banyak teori konspirasi yang cepat tersebar dalam kalangan pengguna media sosial selepas penembakan ini.