Teori konspirasi

Teori konspirasi atau teori persekongkolan (dalam bahasa Inggeris: conspiracy theory) adalah teori-teori yang berusaha menjelaskan bahawa punca utama suatu atau serangkaian peristiwa (yang umumnya berkaitan hal politik, sosial, atau sejarah) itu terahsia dan seringkali diperdayakan atau dimanipulasikan serta dirancang diam-diam oleh sekumpulan individu atau organisasi sulit yang sangat berkuasa atau berpengaruh.

Kepercayaan terhadap teori yang diungkitkan seperti yang disebutkan dikatakan datang daripada prasangka atau kekurangan bukti kukuh berkaitan peristiwa ini. Malah, ia dikukuhkan suatu penaakulan yang melingkar (circular reasoning) di mana kekurangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai bukti kebenaran difikirkan itu dan konspirasi yang ditumpukan menjadi suatu yang mesti dipercayai berbanding sesuatu yang perlu dicabar kesahihannya; sesiapa yang tidak percaya selalu menganggap ia olok-olok, mengada-ada, mensia-siakan masa, kurang kerjaan, dan sebagainya.

Kajian ada menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap teori-teori yang rapuh asas disebut berkait rapat dengan masalah psikologi seperti paranoia atau penafian dan pelepasan keinginan tanpa disedari (psychological projection) lalu boleh membahayakan jika keadaan yang membenarkan tidak dibendung.