Pennsylvania

Komanwel Pennsylvania
Bendera Pennsylvania Mohor
Nama samaran: Negeri Baji Batu, Negeri Quaker,
Negeri Batu Arang, Negeri Minyak
Cogan kata: Kebaikan, Kebebasan dan Kemerdekaan
Bahasa rasmi Inggeris,
Jerman Pennsylvania
Ibu negeri Harrisburg
Bandar raya terbesar Philadelphia
Keluasan  Kedudukan ke-33
 - Jumlah 46,055 batu persegi
(119,283 km²)
 - Lebar 280 batu (455 km)
 - Panjang 160 batu (255 km)
 - % air 2.7
 - Latitud 39°43' U - 42°0' U
 - Longitud 74°43' B - 80°31' B
Penduduk  Kedudukan ke-6
 - Jumlah 12,281,054
 - Kepadatan 274.02/batu persegi 
105.80/km² (ke-10)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Mount Davis
3,213 ft  (979 m)
 - Purata 1,099 ft  (335 m)
 - Titik terendah Lautan Atlantik
0 ft  (0 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
12 Disember 1787
(ke-2)
Gabenor Tom Wolf (D)
Leftenan Gabenor John Fetterman
Senator A.S. Bob Casey Jr. (D)
Pat Toomey (R)
Delegasi Dewan A.S. Senarai
Zon waktu Timur: UTC-5/-4
Singkatan PA US-PA
Tapak web www.visitpa.com

Pennsylvania, secara rasminya Komanwel Pennsylvania, adalah salah satu daripada lima buah Negeri Atlantik Tengah di Amerika Syarikat. Salah satu nama samarannya ialah "Negeri Quaker". Pada zaman penjajahan, negeri ini dikenali secara rasmi sebagai "Provinsi Quaker" untuk menghormati Quaker William Penn yang memberikan Rangka Pertama Kerajaan, perlembagaan Pennsylvania yang menjamin kebebasan hati naluri. Penn sedar akan permusuhan yang dihadapi oleh para Quaker ketika mereka menentang upacara amal, sumpah, keganasan, dan hiasan murah yang menjolok mata.

Pennsylvania juga dikenali sebagai Negeri Baji Batu" sejak tahun 1802, disebabkan sebahagian oleh lokasinya di tengah-tengah Tiga Belas Koloni yang membentuk Amerika Syarikat. Ia juga merupakan negeri teras dari segi ekonomi, dan mempunyai kedua-dua industri yang sama dengan Amerika Syarikat Utara (pengeluaran seperti gerabak Conestoga dan refal) dan Selatan (pertanian yang menghasilkan makanan, makanan haiwan, serat, dan tembakau).

Pennsylvania mempunyai 51 batu (82 kilometer) garis pinggir tasik di sepanjang Tasik Erie serta 57 batu (92 kilometer) garis pinggir sungai di sepanjang Muara Delaware. Philadelphia ialah bandar raya Pennsylvania yang terbesar dan merupakan tempat untuk sebuah bandar pelabuhan yang utama serta limbangan-limbungan kapal di Sungai Delaware.