Donald Trump

Donald Trump
Potret rasmi, 2025
Presiden Amerika Syarikat ke-45 dan 47
Menyandang jawatan
20 Januari 2025
Naib PresidenJD Vance
Didahului olehJoe Biden
Dalam jawatan
20 Januari 2017 – 20 Januari 2021
Naib PresidenMike Pence
Didahului olehBarack Obama
Digantikan olehJoe Biden
Maklumat peribadi
Lahir
Donald John Trump

(1946-06-14) 14 Jun 1946
Bandar Raya New York,
New York, AS
Kewarganegaraan Amerika Syarikat
Parti politikRepublikan
(1987–1999, 2009–2011, 2012–sekarang)
Gabungan politik
lain
  • Reformasi (1999–2001)
  • Demokrat (2001–2009)
  • Bebas (2011–2012)
Pasangan
Pertalian
  • Jared Kushner (menantu)
  • Charles Kushner (besan)
  • Seryl Stadtmauer (besan)
  • Lara Lea Yunaska (menantu)
  • Robert Luke Yunaska (besan)
  • Linda Ann Sykes (besan)
  • Michael Boulos (menantu)
Anak
Ibu bapa
Saudara
  • Maryanne Trump (kakak)
  • Frederick Crist Trump Jr. (abang)
  • Elizabeth Joan Trump (kakak)
  • Robert Stewart Trump (adik)
Tempat belajar
Pekerjaan
Bidang tugasPemilik dan bekas presiden kepada
The Trump Organization
Tandatangan

Donald John Trump (lahir 14 Jun 1946) ialah Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 dan 47 yang berkhidmat sejak tahun 2025, dan sebelumnya dari tahun 2017 hingga tahun 2021 sebagai ahli parti Republikan.

Sebelum beliau menjadi presiden, Trump ialah seorang ahli perniagaan, seorang penulis, seorang bekas pelakon dan personaliti televisyen. Trump juga seorang pemilik dan bekas presiden kepada The Trump Organization. Banyak wang beliau telah dibuat dalam hartanah di Bandar Raya New York, Las Vegas, dan Atlantic City. Beliau pernah memiliki pertandingan ratu Miss Universe. Beliau ialah bintang dalam rancangan realitinya sendiri, The Apprentice.

Pada bulan Jun 2015, Trump mengumumkan bahawa beliau akan bertanding untuk Presiden Amerika Syarikat dalam Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016. Pada pertengahan bulan Julai, undian pendapat itu menunjukkan Trump ialah pendahulu dalam Republikan. Perkara ini adalah benar walaupun banyak menerima kritikan daripada parti kerana komen beliau mengenai pendatang tanpa izin, Islam Militan, dan ISIS. Kempen beliau telah mendapat banyak sokongan daripada kebanyakannya keluarga kelas pertengahan. Kempen beliau telah mendapat tentangan daripada Demokrat, Republikan, ahli perniagaan, beberapa pemimpin dunia dan Paus.

Pada 04 Mei 2016, Trump menjadi calon andaian selepas pencabarnya hanya tinggal, Senator Amerika Syarikat dari Texas, Ted Cruz dan Gabenor Ohio, John Kasich, digugurkan. Beliau menjadi presiden terpilih Amerika Syarikat pada 09 November 2016, selepas persaingan rapat dengan bekas Setiausaha Negara, Hillary Clinton. Setiap daripada mereka memerlukan 270 undi pilihan raya untuk menang. Trump memperoleh 304 undi, tetapi Clinton mendapat 227 undi sahaja. Beliau telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 pada 20 Januari 2017 dengan usia 70 tahun.

Pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020, Donald Trump tewas kepada Joe Biden dengan perolehan undi elektoral sebanyak 232 berbanding 306 bagi Biden. Beliau menolak keputusan tersebut dan mendakwa berlaku penipuan secara berleluasa tanpa bukti kukuh, lalu memacu siri tindakan undang-undang dan tekanan ke atas pegawai negeri bagi membatalkan keputusan pilihan raya. Puncaknya ialah peristiwa 6 Januari 2021, apabila penyokong Trump menyerbu bangunan Kongres ketika Kongres sedang mensahkan keputusan pilihan raya — satu insiden yang dianggap sebagai cubaan menggagalkan proses demokrasi secara kekerasan. Pelbagai penyiasatan, laporan Jawatankuasa Khas 6 Januari dan pendakwaan terhadap pihak yang terlibat menimbulkan kontroversi besar terhadap peranan Trump dalam mendorong kerusuhan tersebut.

Walaupun kekalahan tahun 2020, Trump mengumumkan niat untuk mencalonkan diri semula dan berusaha mendapat pencalonan parti Republikan menjelang pilihan raya 2024. Beliau berjaya memperoleh pencalonan parti pada 2024 dan dalam pilihan raya umum menewaskan calon Demokrat, Kamala Harris, dengan memperoleh 312 undi elektoral berbanding 226 untuk Harris. Trump dilantik secara rasmi sebagai Presiden ke-47 pada 20 Januari 2025, dengan majlis angkat sumpah yang diadakan dalam Kapitol atas faktor cuaca sejuk, yang pertama sejak majlis angkat sumpah Ronald Reagan pada tahun 1985.

Penilaian sejarawan dan pakar politik semua beranggapan bahawa Trump ialah antara Presiden yang paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat.