Perang China-Perancis

Perang China-Perancis
中法戰争
Guerre franco-chinoise
Chiến tranh Pháp-Thanh
Sebahagian daripada Kempen Tonkin

Operasi dalam Perang China-Perancis (1884–1885)
TarikhOgos 1884 – April 1885
Lokasi
China Tenggara, Taiwan, Vietnam Utara
Keputusan Kemenangan Perancis; Perjanjian Tientsin
Perubahan
wilayah
Penguasaan Perancis ke atas Tonkin dan Annam.
Pihak yang terlibat
Perancis China
Tentera Bendera Hitam
Vietnam
Komandan dan pemimpin
Amédée Courbet
Sébastien Lespès
Louis Brière de l'Isle
François de Négrier
Laurent Giovanninelli
Jacques Duchesne
Zhang Peilun
Pan Dingxin
Wang Debang
Feng Zicai
Tang Ching-sung
Liu Mingchuan
Sun Kaihua
Liu Yongfu
Hoang Ke Viem
Kekuatan
15,000 hingga 20,000 tentera 25,000 hingga 35,000 tentera (dari wilayah Guangdong, Guangxi, Fujian, Zhejiang dan Yunnan)
Kerugian dan korban
2,100 terbunuh atau cedera 10,000 terbunuh atau cedera

Perang China-Perancis (Bahasa Cina: pinyin: Zhōng Zhànzhēng, Perancis: Guerre franco-chinoise, Vietnam: Chiến tranh Pháp-Thanh) adalah satu konflik terhad yang berlangsung di antara bulan Ogos 1884 sehingga April 1885 bagi memutuskan sama ada Perancis patut mengantikan China dalam mengawal Tonkin (sebuah kawasan di utara Vietnam). Biasanya, setelah mencapai tujuan peperangan, Perancis akan menganggap bahawa mereka telah memenangi perang. Walau bagaimanapun, kemenangan Perancis tercemar dengan beberapa kekalahan dalam pertempuran berasingan dan tentera China beraksi lebih baik berbanding dalam beberapa peperangan luar negara lain pada kurun ke-19. Dalam beberapa kejadian berdekatan Guangxi dan Taiwan, perang ini dianggap dimenangi oleh China.