Fujian

Fujian
福建
Fukien, Hokkien
Transkripsi Nama
 • Cina福建省 (Fújiàn Shěng)
 • SingkatanFJ / (pinyin: MǐnPe̍h-ōe-jī: Bân)
 • FoochowHók-gióng
 • Hokkien POJHok-kiàn
(arah jam dari atas)
  • Tokong Tianhou Fujian
  • Xiamen, langit bandar
  • Tiga Lorong Tujuh Lorong Kecil
  • Tokong Putuo Selatan
  • Fujian tulou
Lokasi Fujian di China
Koordinat: 25°54′N 118°18′E / 25.9°N 118.3°E / 25.9; 118.3
NegaraChina
Wilayah Jiangnandong626
Wilayah Fujian985
Kerajaan Rakyat Fujian1933–1934
Dinamakan bersempena : Fuzhou
Jiàn: Jianzhou
Ibu NegeriFuzhou
Bandar TerbesarQuanzhou
Bahagian Pentadbiran
 - Peringkat Wilayah
 - Peringkat Daerah
 - Peringkat Pekan dan Mukim

9 wilayah
84 daerah
1102 bandar dan subdaerah
Pentadbiran
 • JenisWilayah
 • BadanKongres Rakyat Wilayah Fujian
 • Setiausaha PartiZhou Zuyi
 • Pengerusi Kongres Rakyat Wilayah FujianZhou Zuyi
 • GabenorZhao Long
 • Pengerusi CPPCC WilayahTeng Jiacai
 • Wakil Kongres Rakyat Kebangsaan74 orang
Keluasan
 • Jumlah121,400 km2 (46,900 batu persegi)
 • Pemeringkatan23
Aras tertinggi
(Gunung Huanggang)
2,158 m (7,080 ft)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah41,540,086
 • Pemeringkatan15
 • Kepadatan340/km2 (890/batu persegi)
  • Pemeringkatan14
Demografi
 • Komposisi Etnik
  • Han – 98%
  • She – 1%
  • Hui – 0.3%
 • Bahasa dan DialekMin (termasuk Fuzhounese, Min Timur, Min Utara, Min Tengah, Pu-Xian Min, Hokkien dan lain-lain), Mandarin, Bahasa She, Bahasa Hakka
KDNK (2023)
 • JumlahCN¥5,436 bilion (ke-8; US$771 bilion)
 • Per kapitaCN¥137,920 (ke-4; US$19,366)
Kod ISO 3166CN-FJ
HDI (2022)0.804 (ke-7) – sangat tinggi
Laman sesawangwww.fujian.gov.cn (dalam Bahasa Cina)
Fujian
"Fujian" dalam aksara Cina
Bahasa Cina福建
PosFukien
Maksud harfiah"Fu(zhou) dan Jian(zhou)"
Singkatan
Tulisan Cina Ringkas
Tulisan Cina Tradisional
Maksud harfiahSungai Min

Fujian (Bahasa Cina: 福建; pinyin: Fújiàn; Ejaan peta pos: Fukien, Foukien; transliterasi tempatan Hokkien dari Min Nan atau bahasa Taiwan Hok-kiàn) ialah salah sebuah wilayah di pesisiran pantai tenggara China. Fujian bersempadan dengan Zhejiang(浙江) di utara, Jiangxi(江西) di barat, dan Guangdong(广东) di selatan. Pulau Taiwan terletak di timurnya, menyeberangi Selat Taiwan. Nama Fujian dicipta sewaktu Dinasti Tang(唐朝), berasal daripada gabungan Fuzhou(福州) dan Jian'ou, dua buah kota di Fujian.

Kebanyakan tanah Fujian ditadbir oleh Republik Rakyat China (PRC). Sementara itu, kepulauan Kinmen (dahulunya dikenali sebagai Quemoy) (Bahasa Cina: 金門; pinyin: Jīnmén) dan Matsu (Bahasa Cina: 馬祖; pinyin: Măzŭ) di bawah kawalan Republik China (ROC) yang bertapak di Taiwan. Maka, secara de facto terdapat dua wilayah yang sama nama (dari segi pertubuhan kerajaan). Nama kedua-dua pihak ini dipaparkan dalam sistem perumian bahasa Mandarin yang berbeza. Pihak PRC mengeja nama wilayah ini dalam Hanyu Pinyin(汉语拼音), iaitu "Fujian", manakala pihak ROC mengejanya dalam Tongyong Pinyin, Wade-Giles dan ejaan peta pos, iaitu masing-masing "FuJian", "Fuchien" dan "Fukien".

Kewujudan dua kerajaan wilayah Fujian yang selari ini merupakan satu kesan Perang Saudara China(国共内战). Setelah kehilangan tanah besar China (termasuk kebanyakan kawasan Fujian) kepada pihak komunis pada tahun 1949, Republik China (ROC) berundur ke Taiwan sambil mengekalkan kuasanya terhadap sebilangan kecil pulau-pulau luar pesisir Fujian. Sejak itu, pihak PRC (tanah besar) dan ROC (Taiwan) selama ini mengekalkan kerajaan wilayah yang berasingan untuk Fujian. Rencana ini lebih cenderung kepada kawasan Fujian di bawah pentadbiran PRC; lihat Fujian (Republik China) untuk meklumat lanjut mengenai wilayah Fujian ROC.

Fuzhou(福州) merupakan ibu wilayah Fujian di bawah kawalan PRC manakala Kinmen dijadikan pusat pentadbiran wilayah Fujian ROC, namun secara amali kebanyakan kuasa di Fujian kawalan ROC ditugaskan kepada daerah-daerah Kinmen dan Kepulauan Matsu(马祖群岛).