Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022
Sebahagian daripada Perang Rusia-Ukraine

Peta Ukraine setakat 10 Jun 2024:
     Dikuasai secara berterusan oleh Ukraine     Diduduki oleh Rusia     Didapat semula dari Rusia
Tarikh24 Februari 2022 (2022-02-24) – kini (3 tahun, 7 bulan, 2 minggu dan 4 hari)
Lokasi
Status

Sedang berlangsung (senarai penglibatan · kawalan bandar · garis masa peristiwa)

Pihak yang terlibat
Komandan dan pemimpin
Kekuatan
  •  Rusia:
    ~175,000–190,000
  • Republik Donetsk:
  • 20,000
  • Republik Luhansk:
  • 14,000
  •  Ukraine:
  • 209,000 (tentera)
  • 102,000 (separa tentera)
  • 900,000 (simpanan)
  • 20,000 sukarelawan asing
Perintah pertempuran untuk pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022
Kerugian dan korban
Laporan berbeza secara meluas.
Lihat Korban dan kesan kemanusiaan untuk mendapatkan butiran.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine (Rusia: Вторже́ние Росси́и на Украи́ну, Bahasa Ukraine: Російське вторгнення в Україну) atau Operasi Ketenteraan Khas (istilah rasmi pemerintah Rusia, Rusia: специа́льная вое́нная опера́ция) ialah pencerobohan Rusia terhadap Ukraine secara keseluruhan dalam Perang Rusia-Ukraine pada Februari 2014 hingga kini, bermula sejak Rusia isytihar perang terhadap Ukraine.

Pada 21 Feberuari 2022, Rusia mengiktiraf entiti pro-Rusia Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk sebagai negara merdeka, seterusnya Tentera Rusia masuk ke kawasan Donbas di timur Ukraine. Pada Pada pukul 06:00 waktu Moscow (UTC+3) 24 Februari 2022, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan sebuah "operasi ketenteraan khas" di Ukraine Timur dengan tujuan "penyahtenteraan dan nyah-Nazi Ukraine" dalam ucapan siaran langsung TV, selepas itu mencerobohi Ukraine, meletupkan bandar termasuk ibu kota Ukraine, Kyiv dan infrastruktur ketenteraan, dan menuju Kharkiv.

Pencerobohan ini mendapat kecaman meluas antarabangsa, termasuk sekatan ekonomi besar-besaran, dengan protes antiperang di Rusia dibalas dengan penangkapan besar-besaran.