Oleksiy Arestovych

Oleksiy Arestovych
Олексій Миколайович Арестович
Arestovych pada 2022
Penasihat kepada Ketua Pejabat Presiden Ukraine
PresidenVolodymyr Zelenskyy
Maklumat peribadi
Lahir (1975-08-03) 3 Ogos 1975
Dedoplistsqaro, Kakheti, RSS Georgia
KewarganegaraanUkraine
Tempat belajarAkademi Ketenteraan Odessa
Institut Tinggi Sains Agama St. Thomas Aquinas
PekerjaanPenasihat presiden Ukraine

Oleksiy Arestovych (Bahasa Ukraine: Олексій Миколайович Арестович; lahir 3 Ogos 1975) ialah penasihat presiden, blogger, pelakon, kolumnis politik dan ketenteraan Ukraine.

Arestovych ialah penganjur seminar dan latihan psikologi dan dana amal untuk sokongan psikologi kepada tentera.

Beliau ialah jurucakap Kumpulan Hubungan Trilateral mengenai Ukraine (KHT) dan Penasihat Dasar Maklumat Ketua Delegasi Ukraine kepada Kumpulan Minsk dan Penasihat Bebas kepada Ketua Pejabat Presiden Ukraine Andriy Yermak tentang Komunikasi Strategik dalam Bidang Keselamatan Negara dan Pertahanan.

Sejak 24 Februari 2022, Arestovych telah mengadakan taklimat harian tentang situasi semasa berkaitan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, sebagai Penasihat kepada Ketua Pejabat Presiden Ukraine.

Pada 2022, selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Oleksiy dikenali dengan ramalannya pada 2019 mengenai perang yang tidak dapat dielakkan dengan Rusia.