Pertempuran Kharkiv (2022)

Pertempuran Kharkiv (2022)
Sebahagian daripada Serangan Ukraine Timur dan Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022

Kemajuan Ukraine semasa di dalam dan sekitar Kharkiv.
Tarikh24 Februari 2022 – 12 September 2022
Lokasi
Kharkiv, Oblast Kharkiv, Ukraine
Status

Pertempuran berakhir dengan serangan balas dan kemenangan untuk Ukraine di wilayah Kharkiv

  • Tentera Rusia ditolak dari Kharkiv
Pihak yang terlibat
 Rusia  Ukraine
Unit terlibat

Angkatan Tentera Rusia

  • Tentera Kereta Kebal Pengawal ke-1
    • Divisyen Kereta Kebal Pengawal Ke-4
      • Rejimen Raifal Motor Pengawal Ke-423
  • Tentera Gabungan Pengawal Ke-20
  • Briged Raifal Motor ke-200
  • Briged Motor Raifal Pengawal ke-25
Angkatan Tentera Ukraine
Kerugian dan korban
Tidak diketahui Tidak diketahui
  • Menurut Ukraine: 31+ orang awam terbunuh, 149 cedera

Pertempuran Kharkiv (Bahasa Ukraine: Бої за Харків; Bahasa Rusia: Бои за Харьков) ialah pertembungan ketenteraan yang sedang berlangsung di dalam dan di sekitar bandar Kharkiv di Ukraine sebagai sebahagian daripada serangan Ukraine Timur semasa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine 2022. Kharkiv, yang terletak hanya 32 kilometer (20 bt) di selatan sempadan Rusia-Ukraine dan bandar yang dikenali dengan penduduk berbahasa Rusia, adalah bandar kedua terbesar di Ukraine dan dianggap sebagai sasaran utama untuk tentera Rusia.

Pertempuran itu telah digambarkan sebagai salah satu pertempuran paling dahsyat dalam pencerobohan berkenaan, dengan penasihat Presiden Amerika Syarikat menyifatkannya sebagai "Stalingrad abad ke-21."