Hors d'oeuvre

Hors-d'oeuvre
Bruschetta tomato
Nama alternatifPembuka Selera, Hidangan Pemula, Canape, Antipasto.
JenisAppetizer 
Jenis sajianPembuka Selera
Tempat asalPerancis
Suhu penghidanganPanas atau sejuk
sunting · sunting di Wikidata

Hors-d'oeuvre (/ɔːr ˈdɜːrv, ˈdɜːrvr[invalid input: '(ə)']/; Perancis: hors-d'œuvre [ɔʁ dœvʁ]  ( dengar), harfiah "selain daripada kerja-kerja [utama]") – juga dikenali sebagai pembuka selera atau hidangan pemula – ialah makanan yang dihidangkan sebelum juadah sajian utama. Biasanya lebih kecil daripada hidangan utama, ia sering dicipta untuk dimakan dengan tangan (dengan penggunaan minimum kutleri). Ejaan Perancis adalah sama untuk penggunaan tunggal dan jamak, hors-d’œuvre; dalam bahasa Inggeris, œ huruf kembar biasanya digantikan dengan digraf oe dengan jamak biasanya ditulis hors d'oeuvres dan disebut /ɔːr ˈdɜːrvz/. Tujuan pembuka selera dihidangkan sebelum hidangan lain adalah bertujuan untuk membangkitkan selera makan pelanggan. Hidangan ini juga haruslah memiliki rasa enak ( tasteful ) , ringan ( light ) , menyegarkan ( refreshing ) biasa nya berasa masam untuk merangsang selera makan , porsi yang sedikit ( bite size , finger food ) dan disajikan atau dipersembahkan dengan pelbagai cara yang menarik.