Moreh

Moreh ialah istilah bagi tradisi masyarakat Melayu dan Muslim di Malaysia ketika bulan Ramadan. Ia melibatkan penyediaan dan perkongsian makanan ringan seperti kuih-muih di masjid, surau, atau rumah, selepas selesai menunaikan solat Terawih. Sesuai peredaran masa, moreh tidak hanya diadakan di masjid atau surau, tetapi di tempat-tempat lain yang boleh berkumpul dan makan. Sebelum ini, makanan akan dibawa dari rumah untuk dikongsikan kepada jemaah. Namun kini, ia kebiasannya disediakan oleh perseorangan atau sekumpulan jasawan dalam masyarakat. Tradisi ini turut berkembang ke masyarakat Muslim di Singapura.