Pematah Hati
| "Pematah Hati" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh Nabila Razali | ||||
| Dilancarkan | 29 November 2017 | |||
| Dirakamkan | 2017 | |||
| Format | Muat turun digital, media penstriman | |||
| Genre | Power Pop | |||
| Panjang | 3:18 (single) 3:53 (muzik video) | |||
| Syarikat | Seventeen Eleven Music | |||
| Penulis | Hael Husaini, Ezra Kong | |||
| Penerbit | Hael Husaini, Ezra Kong | |||
| Kronologi single Nabila Razali | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"Pematah Hati" merupakan lagu nyanyian Nabila Razali yang dikeluarkan pada 29 November 2017. Lagu ini merupakan single ketiga beliau selepas "Katakan Saja" (2013) dan "Cemburu" (2016) dan hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, ia juga menjadi lagu tema drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan beliau. Lagu ini merupakan satu kejayaan komersial.
Nabila meluahkan rasa kecewanya pada Oktober 2018, bahawa "Pematah Hati" gagal dicalonkan di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik ke-33.
Lagu ini bersama dengan Peluang Kedua Nabila Razali setiap hari putar Buletin FM sehingga 31 Ogos 2022.